Hari Pertama di UKM
Hai, Assalamualaikum! 2 September 2019, antara hari bersejarah. Apa yang bersejarah sangat tu? Hari pendaftaran untuk kemasukan 'degree' ! Macam tak sangka dah nak masuk degree. Cepat betul masa berlalu. Jadi saya akan cerita pengalaman sepanjang hari pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perasaan nak masuk U tu 'excited' tapi dalam masa yang sama rasa 'nervous'. Maklumlah, nak masuk dunia baru. Hari orientasi dijalankan selama seminggu, yang dikenali sebagai Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Sebelum hari pendaftaran, semua pelajar sudah tahu kolej yang akan didiami & saya merupakan salah seorang daripada penghuni Kolej Keris Mas (KKM). KKM bukan Kementerian Kesihatan Malaysia tu ye, hehe. Sebelum hari kejadian, saya dah buat banyak 'research' tentang KKM. (persediaan awal lah kononnya). Jadi antara maklumat yang saya dapat tentang KKM ni adalah, ia antara kolej yang paling besar dalam UKM. Setiap blok terdapat enam tingka...