Hari Pertama di UKM

Hai, Assalamualaikum!

2 September 2019, antara hari bersejarah.
Apa yang bersejarah sangat tu? Hari pendaftaran untuk kemasukan 'degree' ! Macam tak sangka dah nak masuk degree. Cepat betul masa berlalu.

Jadi saya akan cerita pengalaman sepanjang hari pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perasaan nak masuk U tu 'excited' tapi dalam masa yang sama rasa 'nervous'. Maklumlah, nak masuk dunia baru. Hari orientasi dijalankan selama seminggu, yang dikenali sebagai Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).

Sebelum hari pendaftaran, semua pelajar sudah tahu kolej yang akan didiami & saya merupakan salah seorang daripada penghuni Kolej Keris Mas (KKM). KKM bukan Kementerian Kesihatan Malaysia tu ye, hehe.

Sebelum hari kejadian, saya dah buat banyak 'research' tentang KKM. (persediaan awal lah kononnya). Jadi antara maklumat yang saya dapat tentang KKM ni adalah, ia antara kolej yang paling besar dalam UKM. Setiap blok terdapat enam tingkat & tiada lif. Mesti terkejut kan? Kesian orang yang duduk tingkat atas sekali tu hari - hari nak kena mendaki. Tapi jangan risau.. KKM ni reka bentuk blok dia unik. Apa yang unik? Masuk - masuk je dah tingkat 3, reka bentuk dia 'split' kat tengah. Ha boleh bayang tak? Jadi orang yang duduk aras 4,5,6 tak perlu la mendaki tinggi sangat. Kemudahan seperti 'pantry' , mesin basuh ada di aras 3. Adil la kan kat tengah - tengah. Banyak lagi keistimewaan KKM tapi itu sahaja yang saya kongsikan dahulu buat masa ini.


gambar pertama dengan ibu bapa tercinta di perkarangan KKM 


Setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan. Kalau tadi dah cerita pasal kelebihan KKM, sekarang nak cerita sikit kekurangan KKM. Tapi sebenarnya ni bukan masalah yang dihadapi KKM je. Kolej lain dalam UKM pun ada masalah yang sama. Haaa cuba teka apa masalah yang macam serius sangat je bunyinya.

Jawapannya.. monyet! Monyet kat setiap kolej dalam UKM ni bersepah lagi - lagi bila dah petang. Maklumlah nak keluar cari makan untuk 'survive'. Awal - awal akan rasa takut, terancam dengan kehadiran monyet yang ada kat merata tempat tapi bila dah lama - lama, tak takut sangat sebab dah biasa, yang penting jangan pegang makanan masa si monyet ni ada & pastikan tingkap bilik sentiasa ditutup rapat! Ni paling penting ye! Kalau tak memang habis lah satu bilik dikerjakan.

Baru hari pertama dah ada cubaan si monyet ni untuk masuk ke bilik saya. Tapi bernasib baik sebab perasan ada makhluk tengah mengintai. Kalau tak, mungkin makanan semua dah kena curi dengan si monyet yang kelaparan mencari makanan.


Rakan sebilik tengah halau monyet yang tengah mengintai nak masuk bilik.


Pada sebelah petang, semua pelajar perlu berkumpul di kafe untuk makan malam tapi tiba - tiba ada mahkluk lain datang nak makan sekali. Bukan kucing, tapi monyet! Fasilitator terus menghalau monyet tu demi ketenteraman semua.


Fasilitator menghalau monyet.


Halau macam mana pun, dah rezeki si monyet, dapat lah jugak 'curi' seketul ayam yang terbiar kat atas meja tu. Kesian tuan punya makanan yang tengah ambil minuman. Datang - datang kat meja ayam dah hilang.

si monyet mencuri seketul ayam 


Jadi itu sahaja untuk hari pertama di UKM. Post seterusnya saya akan ceritakan banyak lagi tentang apa yang berlaku sepanjang MMM di UKM.

Comments

Popular posts from this blog

Keusahawanan dan Inovasi

Kek Batik