Keusahawanan dan Inovasi
Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk post kalini, saya nak ceritakan serba sedikit tentang kursus yang saya pilih untuk ijazah sarjana muda, iaitu kursus Keusahawanan dan Inovasi.
Mesti tak pernah dengar kan? Ada yang tanya, keusahawanan ni sama ke macam pengurusan perniagaan? Jawapannya tidak. Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi usahawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah :
Peniaga : Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga
Usahawan : Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
Itu adalah perbezaan dari segi takrif umum yang dipetik daripada Perbezaan Peniaga dengan Usahawan.
Kursus Keusahawanan dan Inovasi adalah suatu kursus yang baharu dan belum banyak ditawarkan oleh universiti yang ada di Malaysia. Kursus ini ditawarkan oleh UKM pada tahun 2013. Baru lagi kan? Tak sampai 10 tahun pun lagi. Singkatan atau nama 'glamour' kursus ini adalah BEI. Bukan BAE ye 😝 perkataan BEI diambil daripada nama penuh kursus dalam bahasa inggeris iaitu Bachelor of Entrepeneurship and Innovation. Disebabkan kursus ini masih baru dan belum ramai yang tahu kewujudannya, setiap kemasukan adalah tidak ramai, iaitu purata seramai 50 orang sahaja. (kami tak ramai tapi kami ada) 😆 Tempoh pengajian kursus ini adalah selama 3 tahun.
logo rasmi BEI |
Macam biasa, tempuh benda baru akan ada orientasi atau lebih dikenali sebagai hari suai kenal, interaksi dan seangkatan dengannya. Semasa hari suai kenal, semua pensyarah yang terlibat dengan kursus BEI memberi penerangan dan pencerahan awal tentang kursus BEI ini, yang kami pun masih belum mendapat apa - apa maklumat tentang kursus ini.
Selepas barisan pensyarah memberi perkongsian tentang kursus ini, terdapat satu slot kuiz. Masa untuk sesi menjawab soalan yang perlu dijawab melalui Quizziz ✌
Tanpa diduga, saya telah mendapat tempat ke.... (tak ingat, tapi top 3 la) 😆 So ada la sikit habuannya. Dapat sebekas alat tulis sebagai hadiah. 😃
bekas alat tulis |
Tak cukup dengan slot kuiz, ada 'game' lain pulak, iaitu lawan mata. Ha macam mana tu? Cara dia kumpulan A akan menentang kumpulan B. Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk berlawan mata. Cara permainan, kena menatap mata antara satu sama lain tanpa berkelip mata. Siapa yang kelip mata dulu, dia kalah dan orang seterusnya pula perlu menatap mata si wakil dari kumpulan pemenang tu.
sesi menatap mata |
Selesai sudah hari interaksi untuk semua pelajar kursus BEI 💛 Dah habis apa lagi, bergambar la untuk dijadikan kenangan. Nampak macam ramai tapi sebenarnya ni campur antara pelajar tahun 1 dan 2. Memang tak ramai kan? 'Style' yang diorang buat tu adalah simbol untuk kursus kami 😉
sebahagian pelajar kursus BEI, UKM |
Mm..jurusan nie termasuk sekali x kemahiran mencipta produk selain keusahawanan?
ReplyDelete