Kejohanan Sukan Kolej Keris Mas (KS2KM)


Masa untuk bersukan!
Sudah menjadi kebiasaan untuk Kolej Keris Mas (KKM) menganjurkan Kejohanan Sukan Kolej Keris Mas (KS2KM) pada setiap tahun khas untuk pelajar tahun 1 selepas beberapa Minggu Mesra Mahasiswa. Tujuannya adalah untuk menambahkan lagi 'bonding' antara kami semua, iaitu antara pelajar tahun 1 sendiri dan antara 'junior' dan 'senior'. KS2KM ini hanya ada di KKM sahaja, tidak melibatkan kolej lain sebab ni untuk suka - suka je. Pelajar - pelajar tahun 1 dibahagikan kepada empat buah kumpulan (rumah sukan) iaitu, merah, biru, hijau, dan kuning.

KS2KM berlangsung selama 2 hari sahaja, tetapi hari pertama bermula pada hari Jumaat malam dan hanya dua acara sahaja yang dipertandingkan, iaitu badminton dan sepak takraw. Kedua - dua acara dipertandingkan di Dewan KKM.


penonton & penyokong setia rumah sukan biru 😉

Semasa acara, ingatkan ada orang yang menempah makanan melalui Food Panda tetapi rupanya itu adalah salah seorang ahli SUKSIS yang mengambil kesempatan untuk mencari rezeki dengan menjual dadih kepada pelajar yang ada di sana. Beg tu untuk simpan dan angkut dadih je rupanya 😂


abang SUKSIS jual dadih

Selesai hari pertama, bermula la untuk hari kedua, iaitu hari Sabtu yang indah dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh beberapa orang senior di atas pentas.


senamrobik ahli kumpulan biru

Terdapat banyak acara yang dipertandingkan pada hari Sabtu, iaitu hari terakhir, Dah hari terakhir? Biar betul? Cepatnya masa berlalu. Haha takdelah, acara ni dua hari je. Jadi acara - acara yang dipertandingkan pada hari terakhir adalah futsal, bola baling, bola keranjang (half court), bola jaring, bola tampar dan acara wajib... tarik tali!


Dengan berbekalkan pengalaman yang dibawa dari sekolah menengah dan matrikulasi, saya mewakili rumah sukan biru untuk acara bola tampar. Perlawanan adalah sengit. Walau bagaimanapun, kami berjaya untuk menumpaskan semua pasukan lawan dan mendapat pingat emas bagi acara ini.

pemain bola tampar pasukan biru yang berjaya menyumbang pingat emas pertama 

Setelah tamat acara futsal, bola baling, bola keranjang (half court), bola jaring dan bola tampar, tiba la masa untuk acara yang dinanti - nantikan oleh semua orang, tak lain tak bukan.. acara tarik tali!


ahli tarik tali di posisi paling belakang


penyokong setia rumah biru

Setelah tamat semua acara, tiba masa untuk penutup majlis iaitu majlis penyampaian hadiah mengikut kategori acara - acara yang dipertandingkan. Pada tahun 2018, johan keseluruhan jatuh kepada rumah sukan biru dan dengan bangganya diumumkan.. rumah biru adalah johan keseluruhan bagi KS2KM tahun 2019! 👏 Maka rumah biru telah menjadi johan KS2KM bagi dua tahun berturut - turut. Tak cukup dengan johan keseluruhan, rumah biru juga memenangi untuk kategori khemah terbaik dan pasukan sorak terbaik. Menang besar 💙


penyampaian hadiah kepada pasukan bola tampar rumah biru

bergambar bersama piala pasukan sorak terbaik

bergambar bersama piala johan keseluruhan

bam bam laju laju, rumah biru nombor satu! 💙

Sekian, itu sahaja untuk KS2KM yang berlangsung selama dua hari di KKM.

Comments

Popular posts from this blog

Keusahawanan dan Inovasi

Kek Batik

Hari Pertama di UKM