Family Mart
Hai semua! Siapa kat sini yang suka ‘food hunting’? Angkat tangan. Yes, kita geng! Siapa je yang tak suka makan kan? Lagi - lagi kaum hawa.
Jadi kalini nak kongsi dengan semua serba sikit makanan & minuman menarik yang ada dekat Family Mart. Siapa je yang tak tahu Family Mart kan.. terkenal dengan Oden yang sedap. Tapi kalini taknak share pasal oden sebab dah biasa so saya share beberapa menu selain tu yang sedap & puas hati.
Kalau tengok gambar kat bawah ni, yang dalam cawan tu boba yang tengah trending. Rasa dia sedap sebab tak terlampau manis & yang penting harga pun sedap! Murah & sangat berbaloi kalau nak bandingkan dengan boba yang harganya agak mahal.
Seterusnya yang dalam bekas makanan tu, nasi sama je cuma yang membezakan dua tu adalah ‘lauk’ atau kata lain dia ‘topping’. Bekas merah tu, lauk sambal udang dengan telur hancur. Udang dia kenyal - kenyal gituuu. Bekas hitam tu pulak lauk daging cincang dengan telur hancur.
Nasi nya jenis macam pulut tapi takde la melekat sangat. ‘sticky rice’? Tapi makan separuh pun dah kenyang sebab rasa padat & yang penting sedap 😄
fresh boba & 'nasi berlauk' |
Selain boba, Family Mart ada jugak minuman lain. Lapisan bawah sekali diletakkan aiskrim dan dipenuhi dengan air coklat. Dalam ni ada ‘pearl’ jugak. Sedappp. Sangat 'recommended' untuk orang yang hantu coklat macam saya hihi.
Sofuto Milkshake |
Gambar yang bawah ni pulak nama dia Frappe. Lebih kurang macam ‘ice blended’ la. Ada banyak perisa antaranya Mango, Strawberry, Cookies, Chocolate Cookies & sebagainya. Kalau nak tahu rasa dia macam mana, jangan lupa beli & rasa ye! Dah nama pun hantu coklat, mesti la 'flavour' yang saya beli ni Chocolate Cookies hehe..
Frappe |
Bosan asyik makanan dengan minuman je? Ais krim pun ada! Kat Family Mart dipanggil Sofuto. Jadi ni Sofuto perisa Belgium Chocolate. Sedap sangat! Tak berapa manis. Memang sesuai dijadikan pencuci mulut.
Belgium Dark Chocolate Sofuto |
Sekian, itu sahaja perkongsian saya untuk beberapa jenis menu yang ada di Family Mart. Kalau ada kesempatan di lain hari saya akan kongsikan lebih banyak lagi makanan & minuman yang ada okay!
Comments
Post a Comment