Corndog

Hai semua! Haritu dah share makanan yang ada kat Family Mart jadi harini saya nak share tentang makanan yang tengah trending, iaitu Corndog. Apa tu? Ala yang tarik - tarik tuu. Bila gigit, cheese tak putus - putus.


Disebabkan ramai yang post & share pasal corndog.. jadi saya pun tertarik untuk cuba & rasa sendiri keenakaanya (pengaruh media sosial la ni). Kali pertama saya cuba corndog adalah di tempat yang berhampiran dengan saya iaitu Chun, outlet yang ada di dalam ioi City Mall, Putrajaya.
Corndog ni ada banyak jenis yang kita boleh pilih ikut kesesuaian citarasa kita. Yang saya beli ni campur mozarella & cheddar cheese. Untuk pengetahuan semua, yang tarik - tarik tu la mozarella cheese. Lepas tu, boleh pilih topping. Ada 2 jenis topping iaitu maggi & kentang. Akhir sekali, sos & mayonis boleh layan diri. Letak & hias la banyak mana nak (sampai banjir pun boleh).  

corndog topping maggie

sebelum letak segala jenis sos

Corndog, Chun selepas letak segala jenis sos

Penat la nak masuk ioi semata - mata nak repeat makan corndog! Disebabkan makanan ni tengah 'panas' , ada berita baik untuk pelajar UKM. Corndog dah ada di Bookworm Cafe, Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) dan My Cafe Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za'ba! hehe jadi senang la kalau tetiba craving takyah pergi jauh jauh. Rasa sedap dan harga pun sangat berpatutan. Cuma yang ni ada ada yang biasa dan topping kentang je. Jimat duit transport!

Corndog with Potato Bytes, My Cafe

Bosan dengan corndog biasa? Haaaa Bookworm Cafe ada tawarkan Triple Chocolate Corndog (TCC). Ni first time tahu kewujudan dia. Belum pernah nampak lagi kat kedai - kedai lain. TCC ni sumpah sedap gilaaa, lagi - lagi yang hantu coklat tu.. kalau boleh hari - hari nak makan hehe. TCC ni dalam dia ada coklat cair & mozarella cheese pun ada tau! Tapi last - last tu baru dia muncul. Bukan dekat dalam je ada coklat, tapi kat luar pun ada!! Corndog ni disaluti dengan coklat sedap (takde rasa coklat murah). Mungkin guna coklat Cadbury atau Beryl's. Tak cukup disaluti coklat, ditaburkan lagi dengan 'oreo crumbs'. Peh memang puas hati la. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Triple Chocolate Corndog, Bookworm Cafe

Setakat ni, tu je corndog yang saya pernah cuba. Yang dah baca ni.. jangan lupa cuba pulak ye! Kalau sedap boleh 'repeat' 😉

Comments

Popular posts from this blog

Keusahawanan dan Inovasi

Kek Batik

Hari Pertama di UKM