Kek Batik
Ok gurau je hehe. Harini saya nak kongsikan resepi membuat kek batik. Resepi ni 100% resepi saya sendiri. Cara masak sangat 'simple'. Semudah ABC. Ni salah satu resepi yang semua wajib tahu la. Sesuai dibuat pencuci mulut.
Sebelum masak apa - apa, benda paling penting mestilah bahan kan? Jadi bahan - bahan untuk buat kek batik :
- sebuku mentega
- satu tin susu pekat
- 10 sudu besar milo
- 5 sudu besar serbuk koko
- sepaket biskut marie yang telah dipatahkan
- manik berwarna (hiasan)
Simple je kan bahan - bahan dia? Jenama setiap bahan terpulang ikut citarasa sendiri. Serbuk koko 'optional' je ye. Tujuannya untuk kurangkan manis. Kalau takde serbuk koko jangan risau, boleh je teruskan buat kek batik.
Terlupa nak letak serbuk koko dalam gambar sekali. Vitagen purple belakang tin susu pekat tu hiasan je :P
bahan - bahan kek batik
Bahan semua dah lengkap, jadi kita boleh teruskan untuk memasak. Saya akan kongsikan langkah - langkahnya. Bukan setakat langkah, saya kongsikan tips sekali, terutama untuk orang yang baru pertama kali nak buat kek batik.
Langkah - langkahnya :
Langkah 1 : Masukkan sebuku mentega ke dalam kuali yang panas dan biarkan ia mencair sepenuhnya.
Tips : Potong mentega kepada beberapa bahagian dan masukkan semua ke dalam kuali supaya mentega cepat cair.
mentega sepenuhnya mencair
Langkah 2 : Tuangkan satu tin susu pekat ke dalam kuali yang terdapat mentega yang telah cair dan adunkannya sekali.
Tips : Tuang susu selepas mentega cair sepenuhnya dan menggelegak.
Langkah 3 : Selepas adunan dalam Langkah 2 menggelegak, masukkan serbuk milo sedikit demi sedikit dan gaulkan.
Tips : Guna milo original, bukan milo paket (3in1) supaya tidak terlalu manis. Tapi terpulang, kalau hantu manis boleh je guna milo 3in1.
Langkah 4 : Selepas adunan dalam Langkah 3 dah sebati, masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit dan gaulkan.
Tips : Serbuk koko ni tak wajib pun. Tujuan letak serbuk koko untuk kurangkan manis tahap memotong kaki. Jangan risau kalau takde serbuk koko sebab ni bahan tambahan je.
Langkah 5 : Gaulkan adunan hingga sebati dan menggelegak.
Tips : Tips untuk langkah ni... em zikir dan selawat jela sambil kacau tu. Dapat la jugak pahala daripada tak buat apa - apa kan 😀
Langkah 6 : Padamkan api dan masukkan biskut yang dah dipatahkan ke dalam adunan.
Tips : Jangan lupa padamkan api sebelum masukkan biskut atau tak.... kek batik akan keras macam batu! 😢 (cakap berdasarkan pengalaman, huhu..)
masukkan biskut ke dalam kuali |
gaulkan biskut dengan adunan hingga sebati sepenuhnya |
Langkah 7 : Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
Tips : Jika tiada loyang dan masukkan ke dalam bekas biasa, alas dahulu dengan plastik supaya mudah untuk keluarkan kek batik nanti.
Langkah 8 : Masukkan ke dalam peti sejuk.
Tips : Bawa bersabar untuk tunggu kek batik sejuk 😂
Dah siappp. Nak bagi menarik, boleh letak 'topping' ikut citarasa sendiri ye.
Selamat mencuba! 💓
Comments
Post a Comment