MMM di Fakulti

Hai semua! Post sebelum ni saya dah cerita pengalaman hari pertama di UKM & dah janji nak cerita pengalaman sepanjang hari orientasi yang lebih dikenali sebagai Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).

Jadi hari kedua adalah aktiviti di fakulti. Saya prasiswazah untuk kursus Keusahawanan dan Inovasi atau dikenali sebagai Bachelor of Entrepreneurship and Innovation (BEI). BEI adalah salah satu kursus yang terdapat di dalam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).

Kami menghabiskan masa seharian dengan aktiviti yang dijalankan di FEP. Sampai di fakulti, pemudahcara membahagikan kami kepada 20 orang sekumpulan secara rawak untuk menjalankan aktiviti di fakulti. 

Zaman sekarang, semua benda canggih & moden. Segala aktiviti yang kami buat perlu menggunakan aplikasi yang disediakan iaitu HP Reveal dan Metaverse. Soalan, kuiz, pengumpulan mata melalui aplikasi tersebut. Pada mulanya agak kekok sebab tak pernah guna aplikasi tu sebelum ni tapi lama - lama baru boleh biasakan. 

ni sebahagian ahli kumpulan saya 😉
macam team netball dah kan? Hehe


 Tanpa diduga, kami menang untuk pertandingan membina menara menggunakan pasta. Mustahil? Tidak! Kami berjaya lakukan dengan bantuan ‘marshmallow’ sebagai alat penyambung antara pasta dengan pasta. Untuk pengetahuan, bilangan pasta dan ‘marshmallow’ yang kami dapat untuk bina menara bergantung kepada jumlah soalan yang kami dapat jawab dengan betul melalui aplikasi HP Reveal & Metaverse tu. 


Ahli Kumpulan 6 ✌🏻🎁

berbaloi hadiahnya 😄

sebagai ganjaran, kami dapat 2 beg hadiah dipenuhi dengan makanan & buku

Comments

Popular posts from this blog

Keusahawanan dan Inovasi

Kek Batik

Hari Pertama di UKM