Majlis Ikrar Pelajar

Sebelum Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) diakhiri dengan malam kebudayaan, terdapat satu majlis ikrar pelajar. Ikrar didefinisikan sebagai janji yang sungguh-sungguh; janji yang disertai sumpah; pengakuan. Majlis ini merupakan salah satu perkara wajib bagi kemasukan pelajar baharu.

Untuk majlis ini, semua pelajar dikehendaki memakai pakaian formal yang 'sedondon'. Pelajar lelaki perlu memakai kemeja putih beserta tali leher berwarna merah, seluar slack hitam dan kasut hitam bertutup. Manakala bagi pelajar perempuan, dikehendaki untuk memakai baju kurung berwarna merah, tudung putih dan kasut hitam bertutup. Tidak dilupakan, pelajar perempuan perlu memakai 'selempang' yang dibuat menggunakan selendang atau nama lainnya 'pashmina' UKM berwarna biru. Majlis ikrar pelajar ini berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Dah pakai cantik-cantik, sedondon kena lah bergambar dulu! Buat kenang kenangan ๐Ÿ’—

sebelum masuk ke DECTAR

Majlis ini berlangsung semasa minggu pertama bulan September. Oleh itu, sambutan Hari Kemerdekaan dilakukan semasa hari tersebut. Seperti kebiasaan, nyanyian lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Malaysia Bersih berkumandang untuk dinyanyi beramai - ramai. Setiap pelajar dibekalkan satu bendera kecil untuk dikibarkan semasa menyanyi.


rakan sebilik yang paling 'excited'

Pada hari tersebut, terdapat 'talk' yang disampaikan mengenai UKM. Antaranya kehebatan UKM, iaitu kedudukan UKM di Malaysia dan antarabangsa. Terdapat juga statistik yang menunjukkan bilangan pelajar yang memohon untuk memasuki UKM melalui sistem UPU mengikut nombor pilihan. Jumlah keseluruhan pelajar yang memohon untuk memasuki UKM adalah seramai 72, 473 orang di Malaysia. Ramai bukan? Tapi yang dipilih hanya lebih kurang dalam 4, 000 pelajar. Alhamdulillah tergolong dalam 4, 000 pelajar tersebut ๐Ÿ˜‡ Kami juga diberitahu bahawa tahun sebelum, bilangan yang memohon adalah lebih kurang 35,000 pelajar tetapi tahun ini berlaku peningkatan yang sangat banyak. 

statistik bilangan pelajar yang memohon masuk ke UKM

Mengikut โ€˜adatโ€™ dan kebiasaan, selepas selesai segala ceramah dan majlis ikrar pelajar, akan ada โ€˜Perang DECTARโ€™ iaitu setiap kolej (terdapat 12 buah kolej) akan membuat โ€˜cheersโ€™ masing masing.



Tepuk wika wika ni cheers yang paling famous lah katakan. Orang kata, Kolej Keris Mas (KKM) dikenali dengan tepuk wika wika. Video di atas menunjukkan cheers KKM. Rasa bangga sebab macam satu DECTAR tahu & buat cheers tu sedangkan tu cheers untuk KKM ๐Ÿ˜†


Selepas selesai majlis, tibalah masa untuk pulang ke kolej tercinta iaitu, Kolej Keris Mas ๐Ÿ˜„
Sementara menunggu bas untuk sampai ke destinasi, kami berswafoto dahulu.

'selfie' sementara menunggu bas

Lama jugak bas nak sampai. Ada bas, tapi dah penuh jadi kami kena tunggu bas yang ada untuk patah balik selepas menghantar pelajar lain ke kolej. Sementara menunggu, kebetulan ada seorang pemudahcara kat situ dan kami pun bersembang dengan dia tentang UKM. Tak cukup bersembang, menyempat pula bergambar dengan pemudahcara yang memakai baju korporat tersebut ๐Ÿ˜†


'group photo' dengan pemudahcara

Comments

Popular posts from this blog

Keusahawanan dan Inovasi

Kek Batik

Hari Pertama di UKM