Satu Pelajar Satu Quran
Assalamualaikum semua!
Selepas Minggu Mesra Mahasiswa (MMM), ada satu aktiviti yang dijalankan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). MMM dah banyak berseronok tak ingat dunia jadi sekarang kita join program kerohanian pulak 😄
Al - kisahnya Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) ada menganjurkan satu program untuk pelajar tahun 1 yang baru menempuhi alam universiti di UKM dan semua diwajibkan hadir, iaitu program Satu Pelajar Satu Quran yang diadakan pada hari Khamis.
Semua pelajar dikehendaki berkumpul di FEP sebelum masuk waktu Maghrib. Bukan program beri Al - Quran sahaja, tetapi majlis berbuka puasa untuk yang berpuasa.
Sebaik tiba di FEP, semua pelajar mendapat senaskhah Al - Quran dan satu beg kertas yang berisi air mineral, roti dan kurma. Kemudian kami bersedia untuk solat Maghrib berjemaah di Surau FEP.
senaskhah Al -Quran dan roti. Kurma & air mineral ada dalam beg kertas 😆 |
Facultymate happy masing - masing dapat Al - Quran free!! |
Tak cukup dengan Al - Quran dan goodies bag, dapat pulak makanan untuk makan malam. Alhamdulillah. Dapat pulak makanan macam nasi kenduri. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Nasi hujan panas lauk ayam masak merah |
Alhamdulillah atas semua nikmat. Semoga pemberi dimurahkan rezeki. Aamiin. 💚
Comments
Post a Comment