Kejohanan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KeSuFEP)

Assalamualaikum & hai semua!

Masuk Universiti ni bosan la kalau asyik belajar 24 jam. Kita kena libatkan diri jugak dengan aktiviti - aktiviti yang melibatkan komunikasi dengan orang ramai. Salah satunya bersukan. Selain dapat tambah kenalan, dapat keluarkan peluh sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat 👍

Oleh itu.. saya mengambil keputusan untuk menyertai salah satu acara dalam program yang dianjurkan oleh pihak fakulti. Satu kejohanan sukan, iaitu Kejohanan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KeSuFEP) telah diadakan selama tiga hari dan dijalankan secara berperingkat mengkikut acara yang dipertandingkan.

Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan dan antaranya adalah bola sepak, futsal, badminton, bola jaring dan banyak lagi! Setiap pelajar yang menyertai KeSuFEP perlu mewakili kursus masing - masing untuk acara yang dipertandingkan. Terdapat empat kursus di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, iaitu Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, dan Keusahawanan dan Inovasi. Setiap kursus mempunyai nama kumpulan masing - masing. Kursus Perakaunan (AeFire), kursus Pengurusan Perniagaan (MCougars), kursus Ekonomi (TeamEcons) dan Kursus Keusahawanan dan Inovasi (BEI-Nation).

Saya sebagai seorang pelajar kursus Keusahawanan dan Inovasi, sudah tentu mewakili untuk BEI-Nation. Acara yang saya sertai adalah futsal. Ha futsal bukan untuk lelaki je tau.. Perempuan pun boleh main. Satu kumpulan memerlukan lima orang pemain utama dan lima pemain simpanan. Secara jujurnya, ini kali pertama saya bermain futsal. Tak tahu mimpi apa tiba - tiba nak main futsal. Mula - mula rasa takut (maklumlah takde pengalaman), tapi bila lagi nak cari pengalaman kan.. peluang dah ada depan mata. Seronok rupanya main futsal ni. 😆


Team Futsal Wanita BEI-Nation

Bersukan bukan dapat keluarkan peluh semata - mata je. Macam saya yang baru main ni, dapat pengalaman baru yang tak sia - sia. Selain tu, dapat berkenalan dengan 'team mate'. Apa yang menarik, KeSuFEP ni bukan untuk pelajar tahun pertama sahaja, tetapi terbuka untuk semua. So saya dapat berkenalan dengan senior kursus yang sama. Jadi apa lagi.. masa untuk soal siasat diorang la pasal kursus ni, hehe.


Niat nak main suka - suka je. Alhamdulillah rezeki dapat medal. Memang tak sangka sebab sebenarnya dalam team BEI-Nation tu sorang dua je yang betul - betul berpengalaman dan boleh main. Lagipun pasukan lain nampak hebat sangat. Jadi bagi kami, dapat tempat ketiga pun satu kejayaan besar untuk semua 😄

pingat gangsa Futsal Perempuan KeSuFEP 2019

Comments

Popular posts from this blog

Keusahawanan dan Inovasi

Kek Batik

Hari Pertama di UKM