Uptown Reko Kajang
Hi guys!
Tiba lah masa untuk share pasal makanan lagiii. Bila dah masuk belajar ni bosan la jugak kalau asyik makan kat kafe. Jadi kita 'explore' lah sikit tempat makan yang menarik sakitar UKM. Dah lama sangat tak jejak kaki kat pasar malam, jadi saya dan kawan - kawan yang lain ambil keputusan untuk pergi ke Uptown (ke Downtown?) Reko Kajang yang beroperasi dari 9 malam hingga 3 pagi.
Pengangkutan nak ke sana tak susah pun. Dari Kolej Keris Mas (KKM), naik bas MRT T451 dan turun di stesen Reko Sentral tapi pastikan ada touch N go atau IC (make sure ada duit la). Dekat sana bukan ada makanan je. Banyak lagi benda lain yang dijual. Contohnya, baju, beg, kasut, minyak wangi, perkhidmatan mengurut pun ada tau! 😅
Tujuan ke sini memang nak cari makanan semata - mata jadi ke kawasan makanan lah kami 'mengembara'. Macam - macam jenis makanan yang sedap & murah. Makanan ringan sampai lah ke berat 😆 dekat sana tetiba teringin makan benda yang manis - manis lebih kurang cam pencuci mulut la sebab dah malam malas jugak nak makan makanan berat, tak elok huhu. Jadi saya beli donat gebu yang famous, dipanggil Bomboloni. Dah nama pun hantu coklat memang semua perisa coklat je la yang dibeli tapi berlainan jenis. Murah je harganya kalau nak banding dengan tempat lain. Sebiji RM2. Tiga biji RM5. Jadi beli tiga je la terus. Jimat & bukan senang nak dapat harga murah macam ni.
Bomboloni dark chocolate, chocolate oreo, chocolate peanut |
Masa tengah 'tawaf' satu Uptown ni tetiba ada ternampak benda yang menarik, iaitu Kek Chomel. Memang comel sangattt. Tapi tak beli la sebab dah beli bomboloni kan. So lain kali jela beli kek tu. Tengok cuci mata je.
Kek Chomel |
Dah makan, mesti la kena minum kan 😋 Jadi saya pun buat keputusan untuk beli Boba Fresh Milk. Sedap dan harga sangat berpatutan. Rasa dia tak terlalu manis. Cawan comel pulak tu. Lepasni kalau pergi Uptown memang akan 'repeat' air ni.
Boba Fresh Milk |
Sebenarnya ada banyak lagi makanan yang best - best so korang kena pergi 'try' sendiri ye! Mesti takkan menyesal punya. 😉
Comments
Post a Comment