Malam Kebudayan Kolej Keris Mas

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Maka tibalah masa yang dinanti - nantikan, iaitu majlis penutup untuk Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) yang merupakan malam kebudayaan.
Minggu pertama bulan September, masih dalam 'mood' kemerdekaan jadi kami dikehendaki untuk membuat persembahan bertemakan kemerdekaan dan dalam persembahan tersebut perlu ada elemen lakonan, nyanyian dan tarian.

Kami mendapat 'tugasan' ini sehari sebelum hari kejadian. Macam tak percayakan? Tapi itu lah realitinya. Selepas kami mendapat tugasan, iaitu sehari sebelum, kami diberi masa untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang persembahan yang ingin dilakukan. Selepas bertungkus lumus memerah otak dan bergabung idea untuk jalan cerita, kami pun terus berlatih dengan semangatnya sampai tak ingat tidur.

latihan tarian sumazau

'group photo' selepas latihan persembahan

Setelah tiba hari kejadian, kami sangat berdebar. Giliran persembahan kami adalah yang ketiga. Persembahan kami berjalan lancar seperti yang dirancang. Persembahan dibuka dengan alunan syair kemerdekaan, tarian sumazau, lakonan tentang seorang pahlawan yang tewas di medan peperangan dan ditutup dengan persembahan nyanyian lagu Warisan. Mesti semua tahu kan lagu tu? Tipu la kalau tak tahu. Lagu 'legend' kot, hehe.

salah satu babak lakonan penjajah yang sedang menjajah negara

barisan juri persembahan

Setelah selesai semua persembahan oleh setiap kumpulan, tibalah acara kemuncak iaitu masa untuk mengumumkan kumpulan yang dinobatkan sebagai juara. Tanpa disangka, kumpulan kami telah mendapat tempat pertama untuk persembahan keseluruhan. Betul la orang kata, 'last minute plan' ni yang selalunya menjadi dan akhirnya betul - betul menjadi. Tak sia - sia korbankan sedikit masa tidur untuk berlatih.

sijil untuk juara kumpulan

bergambat bersama hamper yang dimenangi

semua ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk persembahan

Dengan berakhirnya malam kebudayaan, maka berakhirlah MMM bagi pelajar tahun satu sesi 2018/2019. MMM adalah orientasi terakhir buat kami dan pastinya akan dirindui. 😭

Comments

Popular posts from this blog

Keusahawanan dan Inovasi

Kek Batik

Hari Pertama di UKM