Posts

NEW LIMITED ITEMS !

Image
Hi! Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, saya nak kongsikan 'harta karun' yang ada untuk di letgo. Semua item masih belum digunakan lagi. Kemain beli tak ingat dunia pastu tak pakai. So nak share kat sini item yang saya nak clearkan. Semuanya mur mur je. Boleh kata semua nak jual half price sahaja daripada harga asal. So jom tengok apa yang ada 😍 Kalau ada yang berkenan di hati, cara nak beli senang je. Klik terus link yang saya dah sertakan pada setiap item. Link tu akan direct ke Shopee! 😉 nak free shipping? boleh! dengan minimum pembelian RM15 di Shopee. 1. LONG USB CABLE PROTECTOR cable protector ni function dia untuk protect cable daripada terputus. caranya lilit je keliling cable. macam-macam warna ada. stok tak banyak. berminat boleh terus tekan link ni ➡️  nak cable protector ! 2. CASING HUAWEI P30 PRO  nak beli, boleh tekan link 👉  nak casing huawei ! 3. CASING IPHONE X nak beli, boleh tekan link 👉  nak casing iphone ! 4. IKEA BASTIS LINT REFI...

WARDAH BEAUTY COSMETICS

Image
 Hi Assalamualaikum! Entry ni khas untuk pengguna atau peminat setia produk Wardah Beauty Cosmetics 😉 ehh yang bukan pengguna pun boleh sambung baca entry ni. mungkin ada yang pernah dengar jenama ni & nak try tapi rasa cam taknak beli pada harga pasaran, boleh hubungi saya nanti. Al kisahnya seronok beli nak mencuba tapi last-last tak guna pun. So saya akan share produk Wardah apa yang saya ada untuk di letgo 😙 Ada dua jenis, new & used ya. Kalau ada yang berkenan di hati, cara nak beli senang je. Klik terus link yang saya dah sertakan pada setiap item. Link tu akan direct ke Shopee! 😉 nak free shipping? boleh! dengan minimum pembelian RM15 di Shopee. NEW ITEM 1. ACNEDERM PURE FOAMING CLEANSER Pembersih wajah tepat yang diformulasikan untuk bantu atasi masalah kulit berjerawat, mampu membersihkan debu, kotoran, dan minyak berlebihan di wajah. Kandungannya 60ml ye. Boleh terus beli di 👉 https://shopee.com.my/product/64755161/5871112134?smtt=0.64756614-1610547339.9 dan p...

Hello 2021 !

SELAMAT TAHUN BARU 2021 ! (masih sempat kot wish?) 😆 Dah dua tahun tinggal blog ni tanpa apa-apa update. Jadi harini saya nak start update semula blog yang dah berhabuk ni. Nak dipendekkan cerita, awal tahun haritu ada mengemas bilik. Lepastu terjumpa macam-macam 'harta karun'. Harta karun apa tu? Terjumpa la beberapa barang yang masih elok tapi belum guna lagi & rasa taknak guna pun. Masa beli tak fikir panjang pulak. So saya buat keputusan nak jual semua barang-barang ni pada harga yang berpatutan, mampu milik dan semestinya harga yang ditawarkan lebih rendah daripada harga asal. Nak tahu apa barang-barang tu? Stay tune okay! Oh ya, bukan barang baru je ada, preloved items pun adaa which is tudung. Ada macam-macam jenis tudung dengan pelbagai material, warna, jenis, jenama dengan serendah RM1 dan paling mahal pun RM10 sahaja. Tunggu next post okay! 😉

Tips Fokus dalam Pelajaran

Image
Assalamualaikum semua.  Harini saya nak kongsikan beberapa tips yang saya peroleh. Tips ini amatkah digalakkan untuk dilakukan oleh semua orang termasuk diri saya sendiri.  Nak berjaya bukan lah satu hal yang mudah.  Tetapi bak kata pepatah, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Tapi tak susah juga kalau kita belajar dengan cara yang betul. Kita perlukan banyak ilmu pengetahuan. Melalui pembelajaran, kita akan peroleh banyak ilmu. Tetapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus. Apabila kita tidak fokus, kita akan membazirkan masa. Contohnya, ada dua jam untuk belajar tetapi yang betul-betul kita fokus hanyalah lima belas minit. Ke manakah hilangnya masa satu jam empat puluh lima minit tu? Haaa, terbuang dengan melayan media sosial seperti  Facebook, Instagram, Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan seangkatan dengannya. Akhirnya, dua jam tu yang diluangkan untuk belajar tidak memberi apa - apa makna. ...

Kejohanan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KeSuFEP)

Image
Assalamualaikum & hai semua! Masuk Universiti ni bosan la kalau asyik belajar 24 jam. Kita kena libatkan diri jugak dengan aktiviti - aktiviti yang melibatkan komunikasi dengan orang ramai. Salah satunya bersukan. Selain dapat tambah kenalan, dapat keluarkan peluh sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat 👍 Oleh itu.. saya mengambil keputusan untuk menyertai salah satu acara dalam program yang dianjurkan oleh pihak fakulti. Satu kejohanan sukan, iaitu Kejohanan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KeSuFEP) telah diadakan selama tiga hari dan dijalankan secara berperingkat mengkikut acara yang dipertandingkan. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan dan antaranya adalah bola sepak, futsal, badminton, bola jaring dan banyak lagi! Setiap pelajar yang menyertai KeSuFEP perlu mewakili kursus masing - masing untuk acara yang dipertandingkan. Terdapat empat kursus di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, iaitu Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, dan Keusahawanan d...

Kejohanan Sukan Kolej Keris Mas (KS2KM)

Image
Masa untuk bersukan! Sudah menjadi kebiasaan untuk Kolej Keris Mas (KKM) menganjurkan Kejohanan Sukan Kolej Keris Mas (KS2KM) pada setiap tahun khas untuk pelajar tahun 1 selepas beberapa Minggu Mesra Mahasiswa. Tujuannya adalah untuk menambahkan lagi 'bonding' antara kami semua, iaitu antara pelajar tahun 1 sendiri dan antara 'junior' dan 'senior'. KS2KM ini hanya ada di KKM sahaja, tidak melibatkan kolej lain sebab ni untuk suka - suka je. Pelajar - pelajar tahun 1 dibahagikan kepada empat buah kumpulan (rumah sukan) iaitu, merah, biru, hijau, dan kuning. KS2KM berlangsung selama 2 hari sahaja, tetapi hari pertama bermula pada hari Jumaat malam dan hanya dua acara sahaja yang dipertandingkan, iaitu badminton dan sepak takraw. Kedua - dua acara dipertandingkan di Dewan KKM. penonton & penyokong setia rumah sukan biru 😉 Semasa acara, ingatkan ada orang yang menempah makanan melalui Food Panda tetapi rupanya itu adalah salah seorang ahli ...

Satu Pelajar Satu Quran

Image
Assalamualaikum semua!  Selepas Minggu Mesra Mahasiswa (MMM), ada satu aktiviti yang dijalankan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). MMM dah banyak berseronok tak ingat dunia jadi sekarang kita join program kerohanian pulak 😄 Al - kisahnya Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) ada menganjurkan satu program untuk pelajar tahun 1 yang baru menempuhi alam universiti di UKM dan semua diwajibkan hadir, iaitu program Satu Pelajar Satu Quran yang diadakan pada hari Khamis. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di FEP sebelum masuk waktu Maghrib. Bukan program beri Al - Quran sahaja, tetapi majlis berbuka puasa untuk yang berpuasa.  Sebaik tiba di FEP, semua pelajar mendapat senaskhah Al - Quran dan satu beg kertas yang berisi air mineral, roti dan kurma. Kemudian kami bersedia untuk solat Maghrib berjemaah di Surau FEP. senaskhah Al -Quran dan roti. Kurma & air mineral ada dalam beg kertas 😆 Facultymate happy masing - masing dap...