Tips Fokus dalam Pelajaran
Assalamualaikum semua.
Harini saya nak kongsikan beberapa tips yang saya peroleh. Tips ini amatkah digalakkan untuk dilakukan oleh semua orang termasuk diri saya sendiri. Nak berjaya bukan lah satu hal yang mudah. Tetapi bak kata pepatah, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Tapi tak susah juga kalau kita belajar dengan cara yang betul. Kita perlukan banyak ilmu pengetahuan. Melalui pembelajaran, kita akan peroleh banyak ilmu. Tetapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.
Apabila kita tidak fokus, kita akan membazirkan masa. Contohnya, ada dua jam untuk belajar tetapi yang betul-betul kita fokus hanyalah lima belas minit. Ke manakah hilangnya masa satu jam empat puluh lima minit tu? Haaa, terbuang dengan melayan media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan seangkatan dengannya. Akhirnya, dua jam tu yang diluangkan untuk belajar tidak memberi apa - apa makna.
Adalah sangat penting untuk kita tahu cara yang betul untuk fokus. Lebih fokus, lebih banyak masa efektif kita, lebih banyak kita belajar dan tidak akan mudah panik di saat-saat akhir yang genting lagi mendebarkan.
Jadi saya akan kongsikan beberapa tips untuk fokus semasa belajar.
Cara yang pertama, cari tempat belajar yang sesuai.
Bilik tidur sangatlah tidak sesuai untuk dijadikan tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, mempunyai meja dan kerusi yang selesa. Yang paling penting adalah bebas daripada televisyen, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda.
ruang belajar yang efektif |
Cara kedua, sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar sebelum memulakan ulangkaji.
Pastikan semua barang yang kita hendak gunakan semasa belajar sudah tersedia di atas meja. Alat tulis seperti pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar jika ada benda yang tidak lengkap di meja kerana kita akan tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau. Haa jangan main - main.
contoh alat tulis yang diperlukan |
Cara ketiga, cari teman belajar.
Apabila kita belajar seorang, ramai mengeluh kerana banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau leka melayan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!
Tips memilih teman belajar:
1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.
2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.
perbincangan berkumpulan |
Cara keempat, pilih makanan dan minuman yang sesuai yang boleh diambil semasa mengulangkaji.
Jangan pilih minuman yang bertenaga dan kafein, kerana ia boleh melemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah amat disarankan kerana sangat membantu untuk kekal cerdas.
air mineral dan buah |
Cara kelima, 'Take 5'.
Untuk kekal fokus, anda juga perlu berehat. Selepas belajar selama empat puluh lima minit, ambil masa sekurang - kurangnya lima minit untuk berehat dan buat perkara lain. Yang paling penting, jangan ambil masa lebih lama daripada dua puluh minit. Kenapa perlu ambil masa untuk berehat? Minda kita perlukan masa untuk 'recharge' selepas memproses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.
Take 5! |
Cara keenam, rasakan bahang motivasi.
Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan, Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai. Selain itu, sogok diri dengan hadiah maka diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar apabila ada hadiah. Bak kata orang putih, "self - reward". Sebagai contoh, kata dengan diri sendiri, “Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan baju dan tudung baharu untuk diri sendiri”. Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?
rasakan bahang motivasi |
Cara ketujuh, duduk dan belajar.
Sudah lakukan cara pertama hingga keenam? Jadi, anda sudah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk 'point' penting supaya senang untuk diingat. Susun mengikut topik untuk mudah dibaca. Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.
masa untuk fokus mengulangkaji pelajaran |
Cara belajar yang berkesan boleh menjimatkan banyak masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard. Goodluck semua! Semoga kita sama - sama berjaya pada masa hadapan 😉
Comments
Post a Comment