Posts

Showing posts from November, 2019

Kejohanan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KeSuFEP)

Image
Assalamualaikum & hai semua! Masuk Universiti ni bosan la kalau asyik belajar 24 jam. Kita kena libatkan diri jugak dengan aktiviti - aktiviti yang melibatkan komunikasi dengan orang ramai. Salah satunya bersukan. Selain dapat tambah kenalan, dapat keluarkan peluh sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat 👍 Oleh itu.. saya mengambil keputusan untuk menyertai salah satu acara dalam program yang dianjurkan oleh pihak fakulti. Satu kejohanan sukan, iaitu Kejohanan Sukan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (KeSuFEP) telah diadakan selama tiga hari dan dijalankan secara berperingkat mengkikut acara yang dipertandingkan. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan dan antaranya adalah bola sepak, futsal, badminton, bola jaring dan banyak lagi! Setiap pelajar yang menyertai KeSuFEP perlu mewakili kursus masing - masing untuk acara yang dipertandingkan. Terdapat empat kursus di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, iaitu Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, dan Keusahawanan d...

Kejohanan Sukan Kolej Keris Mas (KS2KM)

Image
Masa untuk bersukan! Sudah menjadi kebiasaan untuk Kolej Keris Mas (KKM) menganjurkan Kejohanan Sukan Kolej Keris Mas (KS2KM) pada setiap tahun khas untuk pelajar tahun 1 selepas beberapa Minggu Mesra Mahasiswa. Tujuannya adalah untuk menambahkan lagi 'bonding' antara kami semua, iaitu antara pelajar tahun 1 sendiri dan antara 'junior' dan 'senior'. KS2KM ini hanya ada di KKM sahaja, tidak melibatkan kolej lain sebab ni untuk suka - suka je. Pelajar - pelajar tahun 1 dibahagikan kepada empat buah kumpulan (rumah sukan) iaitu, merah, biru, hijau, dan kuning. KS2KM berlangsung selama 2 hari sahaja, tetapi hari pertama bermula pada hari Jumaat malam dan hanya dua acara sahaja yang dipertandingkan, iaitu badminton dan sepak takraw. Kedua - dua acara dipertandingkan di Dewan KKM. penonton & penyokong setia rumah sukan biru 😉 Semasa acara, ingatkan ada orang yang menempah makanan melalui Food Panda tetapi rupanya itu adalah salah seorang ahli ...

Satu Pelajar Satu Quran

Image
Assalamualaikum semua!  Selepas Minggu Mesra Mahasiswa (MMM), ada satu aktiviti yang dijalankan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). MMM dah banyak berseronok tak ingat dunia jadi sekarang kita join program kerohanian pulak 😄 Al - kisahnya Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP) ada menganjurkan satu program untuk pelajar tahun 1 yang baru menempuhi alam universiti di UKM dan semua diwajibkan hadir, iaitu program Satu Pelajar Satu Quran yang diadakan pada hari Khamis. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di FEP sebelum masuk waktu Maghrib. Bukan program beri Al - Quran sahaja, tetapi majlis berbuka puasa untuk yang berpuasa.  Sebaik tiba di FEP, semua pelajar mendapat senaskhah Al - Quran dan satu beg kertas yang berisi air mineral, roti dan kurma. Kemudian kami bersedia untuk solat Maghrib berjemaah di Surau FEP. senaskhah Al -Quran dan roti. Kurma & air mineral ada dalam beg kertas 😆 Facultymate happy masing - masing dap...

Majlis Ikrar Pelajar

Image
Sebelum Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) diakhiri dengan malam kebudayaan, terdapat satu majlis ikrar pelajar. Ikrar didefinisikan sebagai janji yang sungguh-sungguh; janji yang disertai sumpah; pengakuan. Majlis ini merupakan salah satu perkara wajib bagi kemasukan pelajar baharu. Untuk majlis ini, semua pelajar dikehendaki memakai pakaian formal yang 'sedondon'. Pelajar lelaki perlu memakai kemeja putih beserta tali leher berwarna merah, seluar slack hitam dan kasut hitam bertutup. Manakala bagi pelajar perempuan, dikehendaki untuk memakai baju kurung berwarna merah, tudung putih dan kasut hitam bertutup. Tidak dilupakan, pelajar perempuan perlu memakai 'selempang' yang dibuat menggunakan selendang atau nama lainnya 'pashmina' UKM berwarna biru. Majlis ikrar pelajar ini berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Dah pakai cantik-cantik, sedondon kena lah bergambar dulu! Buat kenang kenangan 💗 sebelum masuk ke DECTAR Majlis ini berla...

Malam Kebudayan Kolej Keris Mas

Image
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Maka tibalah masa yang dinanti - nantikan, iaitu majlis penutup untuk Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) yang merupakan malam kebudayaan. Minggu pertama bulan September, masih dalam 'mood' kemerdekaan jadi kami dikehendaki untuk membuat persembahan bertemakan kemerdekaan dan dalam persembahan tersebut perlu ada elemen lakonan, nyanyian dan tarian. Kami mendapat 'tugasan' ini sehari sebelum hari kejadian. Macam tak percayakan? Tapi itu lah realitinya. Selepas kami mendapat tugasan, iaitu sehari sebelum, kami diberi masa untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang persembahan yang ingin dilakukan. Selepas bertungkus lumus memerah otak dan bergabung idea untuk jalan cerita, kami pun terus berlatih dengan semangatnya sampai tak ingat tidur. latihan tarian sumazau 'group photo' selepas latihan persembahan Setelah tiba hari kejadian, kami sangat berdebar. Giliran persembahan kami adalah yang ketiga. Persembahan...

Keusahawanan dan Inovasi

Image
Assalamualaikum dan hai semua!  Untuk post kalini, saya nak ceritakan serba sedikit tentang kursus yang saya pilih untuk ijazah sarjana muda, iaitu kursus Keusahawanan dan Inovasi.  Mesti tak pernah dengar kan? Ada yang tanya, keusahawanan ni sama ke macam pengurusan perniagaan? Jawapannya tidak.  Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi usahawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah : Peniaga :  Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Usahawan : Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara Itu adalah perbezaan dari segi takrif umum yang dipetik daripada  Perbezaan Peniaga dengan Usahawan.  K...

Uptown Reko Kajang

Image
Hi guys! Tiba lah masa untuk share pasal makanan lagiii. Bila dah masuk belajar ni bosan la jugak kalau asyik makan kat kafe. Jadi kita 'explore' lah sikit tempat makan yang menarik sakitar UKM. Dah lama sangat tak jejak kaki kat pasar malam, jadi saya dan kawan - kawan yang lain ambil keputusan untuk pergi ke Uptown (ke Downtown?) Reko Kajang yang beroperasi dari 9 malam hingga 3 pagi. Pengangkutan nak ke sana tak susah pun. Dari Kolej Keris Mas (KKM), naik bas MRT T451 dan turun di stesen Reko Sentral tapi pastikan ada touch N go atau IC (make sure ada duit la). Dekat sana bukan ada makanan je. Banyak lagi benda lain yang dijual. Contohnya, baju, beg, kasut, minyak wangi, perkhidmatan mengurut pun ada tau! 😅 Tujuan ke sini memang nak cari makanan semata - mata jadi ke kawasan makanan lah kami 'mengembara'. Macam - macam jenis makanan yang sedap & murah. Makanan ringan sampai lah ke berat 😆 dekat sana tetiba teringin makan benda yang manis - manis le...

Corndog

Image
Hai semua! Haritu dah share makanan yang ada kat Family Mart jadi harini saya nak share tentang makanan yang tengah trending, iaitu Corndog. Apa tu? Ala yang tarik - tarik tuu. Bila gigit, cheese tak putus - putus. Disebabkan ramai yang post & share pasal corndog.. jadi saya pun tertarik untuk cuba & rasa sendiri keenakaanya (pengaruh media sosial la ni). Kali pertama saya cuba corndog adalah di tempat yang berhampiran dengan saya iaitu Chun, outlet yang ada di dalam ioi City Mall, Putrajaya. Corndog ni ada banyak jenis yang kita boleh pilih ikut kesesuaian citarasa kita. Yang saya beli ni campur mozarella & cheddar cheese. Untuk pengetahuan semua, yang tarik - tarik tu la mozarella cheese. Lepas tu, boleh pilih topping. Ada 2 jenis topping iaitu maggi & kentang. Akhir sekali, sos & mayonis boleh layan diri. Letak & hias la banyak mana nak (sampai banjir pun boleh).   corndog topping maggie sebelum letak segala jenis sos Corndog...

Kek Batik

Image
Assalamualaikum dan hai semua. Selamat datang ke rancangan... Jom Memasak bersama Chef Liyana!! 😉💫 Ok gurau je hehe. Harini saya nak kongsikan resepi membuat kek batik. Resepi ni 100% resepi saya sendiri. Cara masak sangat 'simple'. Semudah ABC. Ni salah satu resepi yang semua wajib tahu la. Sesuai dibuat pencuci mulut. Sebelum masak apa - apa, benda paling penting mestilah bahan kan? Jadi bahan - bahan untuk buat kek batik :  sebuku mentega satu tin susu pekat 10 sudu besar milo 5 sudu besar serbuk koko sepaket biskut marie yang telah dipatahkan manik berwarna (hiasan) Simple je kan bahan - bahan dia? Jenama setiap bahan terpulang ikut citarasa sendiri. Serbuk koko 'optional' je ye. Tujuannya untuk kurangkan manis. Kalau takde serbuk koko jangan risau, boleh je teruskan buat kek batik.  Terlupa nak letak serbuk koko dalam gambar sekali. Vitagen purple belakang tin susu pekat tu hiasan je :P bahan - bahan kek batik Bahan semua dah lengk...

Family Mart

Image
Hai semua! Siapa kat sini yang suka ‘food hunting’? Angkat tangan. Yes, kita geng! Siapa je yang tak suka makan kan? Lagi - lagi kaum hawa. Jadi kalini nak kongsi dengan semua serba sikit makanan & minuman menarik yang ada dekat Family Mart. Siapa je yang tak tahu Family Mart kan.. terkenal dengan Oden yang sedap. Tapi kalini taknak share pasal oden sebab dah biasa so saya share beberapa menu selain tu yang sedap & puas hati. Kalau tengok gambar kat bawah ni, yang dalam cawan tu boba yang tengah trending. Rasa dia sedap sebab tak terlampau manis & yang penting harga pun sedap! Murah & sangat berbaloi kalau nak bandingkan dengan boba yang harganya agak mahal.  Seterusnya yang dalam bekas makanan tu, nasi sama je cuma yang membezakan dua tu adalah ‘lauk’ atau kata lain dia ‘topping’. Bekas merah tu, lauk sambal udang dengan telur hancur. Udang dia kenyal - kenyal gituuu. Bekas hitam tu pulak lauk daging cincang dengan telur hancur.  Nasi nya jenis ma...